Pages

fadhilat berpuasa sunat di bulan rejab

hai follower yg trhormat sklian..ary ney sya nk kgsi smething yg blh bri kbaikan n mnmbahkan phala kpda kta smua..tgok tjuk entry ney msti dah twukan..msti rmai yg brpuasa ary ney kn..so spe2 yg blom gnti puasa 2 blh la gnti blan yg baik ney..niat ary nk puasa jgk tpi ptg ney ada prlwanan netball tpi bkn pghlang nye kn sya jew ngade lbihkn tkot ltih la apa la..xpew esok,lusa,tulat n tungging blh lgi..jom kta tgok fadhilat puasa pda blan rejab k..
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“ Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
 
Beberapa lagi hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

~ Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

~ Puasa 1 hari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).

~ Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.

~ Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

~ Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

~ Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

~ Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

~ Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

~ Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

~ Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

~ Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

~ Puasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.

~ Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

~ Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

~ Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).


~ Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

~ Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

~ Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

~ Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

~ Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, dian
gkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan. 


    jom rmai2 kta puasa di blan rejab ney k..ingt niat krana allah swt bkn nk tmbah phla jew...slamt beribadah kepda smua follower saya k..bye..


    No comments:

    Post a Comment